Showing posts with label medic school. Show all posts
Showing posts with label medic school. Show all posts

Tulang?

Wow orthopaedic posting has come to an end!! Hehe actually ada 1 final week before paeds posting, 1 last team, SPINE! Interesting tapi malasssss~ harini a doctor asked "Fatin apsal u ni tak cakap ar?" Hm becoz u talked too much doc! :p Haha kidding.. sebenaqnya aku ni memang tak suka cakap depan orang. Susah nak bukak mulut kalau tak kena paksa, tapi kalau kenai cakap lebih pada burung murai. Nak cakap dengan robot (calling GSC, domino's etc) pon aku tak reti and tak mahuuu haha. Luckily I have my own speaker, kat hostel I have Temoh, kat rumah I have my lovely Adik, kalau keluar I have Encik Shazlee.. wee thank youuu ;)

Ahh tak pa lah anyhow this was the last day in Rehab team, nice and beautiful doctors I can say. Happy ja dok dalam team ni, besides the longggg-standing ward rounds, I love it all! I love orthopaedics kot. I don't know :|, tapi seems like interesting la. Doc handsome2 youuu~ Kaya plak tu! $.$ It's the only department yang pakai iMac dalam bilik seminar awuuu~, the only department yang ada pintu automatik, haha nice kan! One thing I feel bad about it is patient tak banyak yang sembuh, we can just help them to adapt with their lives, it's sad when u know tak semua sakit boleh sembuh.. Hehe tapi I never think about it yet, keja HO pon belum kan.. apa2 pon I will never want a hectic life, so I shall wait and see who my future husband is right? :p Kalau jutawan wa goyang kaki sudey~ Hehe... Amin... ^_^

I was sitting in front of the iMac, will get this baby one day, superb view!!

Huii semangat orang belakang dengaq lecture hahaha.. depa ni memang lawak! :p

Futsal Fever.

Minggu ni sibuk betul main futsal, ada open tournament untuk budak medik from any universiti. Tapi cam biasa la pompuan tak banyak sangat hantar team, we have 5 teams only. Tapi best!! We really had fun, tambah2 plak dapat number 3, ok lah tuuu :) Congrats to my team~ UKM dihatiku hahaha.... Jom tengok some of the pictures taken during the day, some from Aishah's, some from Chris's.. sorry ya I cilok gambaq :)

My favourite pic! I was wearing number 5.

Ni after habis penalti. Us with UiTM. Jiah was there too! Tak sangka dulu dok main skali pastu kena lawan haha go go Team Korek Hidung!! Bila kita nak main sama2 gi....
Congrats sebab depa dapat number 1!!

Us with UiTM 2nd team (junior depa kot). Kami menang penalti dengan depa yeay~

Love this pic too! :)

Ni before depa kira markah, tenganga budak UIA tu tengok sebab tak puas ati hahaha.. Last2 depa dapat number 2, congrats anyway!

Temoh versi burn... hehehe

Thanks UKM sebab buat activity camni, nanti buat lagi...
(Awat aku nampak cam ada hunchback?!)


p/s: Burn Perhentian tak habis lagi, mai tambah burn yang ni, anak negro la aku...

Tukang simen?

Wahh kejap ja posting ortho dah masuk minggu ke-4. Tolong~ Nanti mesti dah minggu ke-8, pastu exam lagi... T_T Last week kami semua kena belajaq buat Plaster of Paris untuk orang patah tangan, menarik! cam buat pasu tanah liat ja, sambil2 tengah buat plak habis la comot macam tukang buat rumah haha best! Kalau ada seni memang cantik la tangan patient, kalau tak sorry la nooo.... Bila dah buat baru tau susah ka senang, tabik la MA buat memang laju... Jum tengok gambaq main2 dengan simen. :)

Ni barang2 nak buat simen tu la, macam2 gunting ada, plaster, kapas...

The experimental hand. Nice work Kak Farhana! :)

How it looks like after kena potong dari tangan. Aawww takut gila bunyi mesin tu macam nak potong tulang aku ja!

Ni plak hasil kerja aku. Hehe kemaih dak??

With my friends. Happy! :)


p/s: Ada orang nak upah aku buat plaster siling tak?
p/s2: Jom beli Aiskrim Gelare!~
p/s3: Untuk student2, jom join ni!!

Bbm_torch

Sama?

Last weekend ada Hari Siswi kat UKM. So semua perempuan2 harus la participate, tambah2 aku yang syok sendiri ni.. hehe so utk majlis penutup aku masuk nasyeed woo.. lawan haha teringat lah zaman sekolah dulu. Tapi unfortunately practice the night before ja, lirik apa pon tak hafal, asyik kena gelak ja atas stage haha maluww!!! Then tak kisah la aku yang syok sendiri lagi sekali masuk tarian tradisional, and that was fun, pewitt~ walaupun practice 3 hari, boleh la cakap not bad hehe suka suka! :) Of course la time nasyeed tu aku pakai tudung, so rasa cam budak sekolah sebentar.... jom tengok perbezaan~

Ni time Hari Siswi lepas habis program! Hihi ayunya saya~

Ni plak time skolah after ambik result, samakan?? :) Tukaq spek mata ja huhu!!


p/s: Rindu sekolah la pulok!


Bbm_torch

The Orang Utans.

Thank God it's Saturday! Cutiiii tapi HUKM ada buat program Cintai Alam Sekitar. Housemate aku plak semangat nak masuk Explorace under program depa ni, so pagi2 lagi dah bangun ah p tunggu, punya awai p, depa tak start lagi ciss.. dekat kul 9 lebih baru start, penat gilaaaaa!! Tapi we had fun! Thank you teammate; Farah Darwin, Temoh, Ainul & Yana. :) Team kami dapat nama Orang Utan hahahah nasib badan la tak boleh nak pilih nama. Luckily we won the 2nd place hihi untung dapat hamper, bayaq rm2, dapat bawak balik hamper yahoo! Jommm kita tengok Orang2 Utan HUKM plak! :)

Before start ke check point yang bagi info tak cukup haha memang bengong...

Balqis, Zakiah, Lyna & Zahirah versi Gadis Melayu dengan bangunan ciptaan kami aww~

Versi Orang Utan! Farah memang sebijik hahahahaaa ;p

Hamper Orang Utan aummm..

Orang Utan with KahPeng hehehe. Mission Temoh nak ambik gambaq dgn
dotdotdot tak kesampaian...

After ambik hadiah lepak kat bilik tetamu yang macam hotel,
mengancam la sejuk, boleh tidoq sampai esok pagi kat sini, best! :D



p/s: Minggu depan ada Hari Siswi plak... Mari bersnasyid!! :)

Ear, Nose & Throat?

Otorhinolaryngology aka ENT posting is now officially over!
Nice posting anyway.
So let's say hi to Ophtalmology!!! ^_^
Semangat! Baca la anatomi skit wey, hang tu lemah anatomi.
Ya saya tau. T_T

A Room called Home.

Okay my room dah 95% siap macam apa yang I mimpi-mimpikan muahahah poyonya ayat. Tadi pi Ikea ngan my hosemates, thanks Farah walaupun penat drive banyak hari ni. :) So theme bilik aku buat: red-grey-white-black. Aish banyak betui kaler. Taktau nak tulis apa, layan gambar sudah!

Ni bilik setelah dicuci. Buruk okay! Tapi dah bersih la.

Sudut cakah sikit. Almari serius kecik gila!
Satu minggu dok pikiaq camna nak sumbat semua baju dalam tu. Haih.

Tu kaler sebenar lepas cat, walaupun mula-mula tu sedih kot sebab kaler dia muda sikit dari dalam kertas contoh. Abg Bird yu tipu aiii~ Dah la cat mahai, bengong toi. Tapi lepas habis cat okay la boleh accept dah kenyataan.

Jeng jeng jeng, lepas dah kemas, Tadaaaa~

Tikar getah baru, it looks like rug and I loveeee it. :)))
Side table baru beli yeay! Dah boleh letak laptop and lampu tido yang comel, sukanya. ^_^
Comforter pon baru jugak, Abg Betik hadiahkan sempena hari jadi saya. Hehe thank you!!
Tinggal kat dinding tu sepatutnya ada frame gambar banyak-banyak,
tapi tak sempat lagi nak letak plus gambar pon takdak g, nanti lah yang tu.

Meja study tapi dah seminggu start semester baru, skali pon tak penah dok kat situ,
Maybe pasni ar kot kan kan! :)

Dah beli cermin panjang, boleh nampak muka sampai kaki yeay!
Curtain lama, pakai ja. Raga baju busuk pon dah lama, guna saja.
Kebetulan warna dah merah, aummm~

Aaa kertas hitam kat almari tu silap bajet la pulok, tak cukup kat bahagian bawah tu huwaa, nanti la pi beli tambah.
Okay itu saja, Bye-bye!!


p/s: Kawan-kawan bila nak mai bekampung bilik aku wey? (cey bila dah kemas baru promo)

We're not stupid, we're just unlucky.

Alhamdulillah, result dah keluar. Ahhhhhhh I passed my reseat paper, selangkah ke hadapan utk jadi doktor. Lagi 2 tahun, insyaAllah. :) Maybe it's not a big deal for others, masuk tahun 4 ja kan? Tapi for me it's HUGE! Muka Hafiz still dalam kepala time aku ngan Temoh jalan dari lif nak gi tengok result, aishh jantung macam nak tekeluaqqq! Seriusly, memang sangat sangat sangat sangat bersyukur. Dah 3 hari tak boleh tidur, walaupun last week memang penat gila gila punya pindah rumah, cat bilik and angkat barang-barang. Nasib abey ado leh tulong angkat hehehe. Dah banyak hari tidur kul 3 pagi, tp tiap kali pukul 7 pagi mesti terjaga, tidur tak lena, risau. Risau gilaaaaaaaa!! Badan sakit gila, mata dah tak larat nak fokus kat objek dekat (seriusly kena jumpa pakar mata lepas ni), isk isk seksanya menunggu hari Jumaat. Lepas tengok result terus pi makan dengan Temoh & Shamil. Pastu balik rumah, yeay!! Thanks Shamil sebab antar kami pi Duta. Walaupun penat, hati sangat happy. ^_^ Congrats to all yang passed exam, tapi untuk yang tak dapat, ingat Prof S cakap, "You're not stupid! You're just unlucky." Thanks Prof S sebab buat kelas untuk budak-budak reseat, & thanks to my supervisors yang passkan my shortcase, TQVM Dr R & Dr I-dono-her-name! :) Thanks to Mama & Papa, I wouldn't be here without your prayers. Cewah macam dapat award giteww~ :) And thanks to Shazlee sebab you made me distracted from all the feelings. I love you all so much!!! Ahhhh emosi gila bila pikir. T_T Bye!


Okay satu hari ni kami 2 memang asyik tersengih ja, takleh tolong. Hehe.

Mini celebration @ Nando's

My fav. 1/4 chicken with 2 peri chips!

Temoh, Shamil, Me. ^_^

Last Chance

"Wahai Tuhanku, bahwasanya aku berlindung dengan Engkau
dari kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kegundahan
dan dari azab kubur."
Amin...

1 element to go this Tuesday, dan element tersebut adalah Short Case yang saya takuti. -.- Kenapa laa aku suka kalut sgt, buat ja la elok-elok ikut step tu, bukan susah pon! Kan? Everytime kena buat physical examintion depan doktor ja mesti berpeluh lebih ja, habis basah ketiakku walaupun aircond tu dah pasang kuat-kuat! Haha ish geram betui la dengan diri sendiri...

Sedihnya.. ahh I'm freaking out!

Haih....

Haihhhhh.....

You better read, you better practice, or you'll end up in the box!

KUL-AOR-KUL-AOR-KUL

Haih, sat gila rasa balik cuti, rupa-rupanya almost 1 month dah pon aku dok rumah. Sepanjang cuti ni KUL-AOR-KUL-AOR-KUL, haaa macam Alor Setar-Jitra ja. Semalam balik ke KL lagi, sebab dok rumah tak boleh study lansung. Mana taknya Kakak balik, ada geng 24 jam sembang ja keja. Jadi kena lah halau dengan semua orang kat rumah tu balik KL cepat2, huwaaaa~ Kat rumah banyak gila benda dok buat, tapi mostly dok dalam kereta la sebab teman Kakak beli barang, lagi seminggu lebih nak kawen baru kalottt. Hihi kesiann.. Takpa, next week gua balik lagi!! :) Ahh, BTW thanks Kakak sebab belikan saya Instax Mini Choco Camera and Juicy Couture wallet, awww saya sukaaaaa~ (walaupun nanti saya kena bayaq jugak sikit heheheh)

Tadi discuss about study group plak, hopefully sempat cover laa, 3 minggu lagi babe, mati I! Ketaq camna tah, isk.. Tak suka la rasa camni.... *Emo2.. BYe!*

KUL-AOR
(AOR-KUL naik bus sudey!)


Baru sampai Kedah kot.
(ni shot wajib kalau dok tepi tingkap dalam kapal terbang kan kan)

Seronokkk!

I passed my second sem exam!
Alhamdulillah.
Esok dah ada perjumpaan utk reseat paper Medicine.
Hope everything will be ok!
Study, jom!

New semester, New hope.

Okay..... Where to start? Hmm... So harini habis dah my first day untuk my new posting.. Obstetrics & Gynaecology (O&G) a.k.a Jabatan Orang-orang Garang. Hehe menakutkan la awal-awal masuk posting ni. Briefing ja pon dah kena suruh pikir betul-betul whether nak jadi doktor ka tak. Kalau tidak, Ketua Jabatan suruh tukar kos. Kehkehkeh... Garangnyerrrrr~

Lepas tu hari ni jugak dapat tau saya berada dalam kumpulan WAD MERAH. Wad kat PPUKM ni ada 4, Kuning, Oren, Hijau dan Merah. Previous group cakap ward Kuning and Merah adalah paling HECTICCCCCCCC!! *Sigh* Untuk wad Merah ni, ward round dia hari-hari plak tu! Yang syoknya, ward round start pukul 7.30 pagi. Muahahahah ambik hanggggggg... Orang-orang kat O&G ni esp. specialists and consultant tak suka orang datang lambat, even 1 minit pon dah kena halau or kena tutup pintu. And sooo, we have been warned to come at least 15 minutes earlier. That would be 7.15am at leastttt aku kena ada kat ward dah. So pukui brapa nak kluar bilik? Pukui brapa nak bangun pagi? Lu pikir la sendiri.. T_T

Haha the best part is... jeng jeng jeng~ every group dapat 2 lecturer. Dan sekali lagi, saya telah mendapat Prof A sebagai lecturer saya. Haha tak tau nak kata apa, seronok ka takut ka, adoii.. Prof A ni sangat lah power, dan garang (kata orang lah), dan veteran dan macam-macam lagi, takut bebbbb~ Siap ada dewan kat PPUKM ni nama dia. Power dak?? Hehe... Hopefully dapat banyak ilmu lah... Ohh, kalaulah tak silap, Prof ni pon jugak pernah mengajar bapak aku masa dia belajar di UKM dulu. It was 20++ years ago. Lamanya.... Haha bayangkanlah ke-terer-an Prof A after brapa puluh tahun. Jeng jeng jeng. Lu pikirlah sendiri... :)

Takpa lah, nak taknak, kena lalu jugak lerrrrr. Hehe. Tapi takpa, Prof N cakap, "HARDWORK HARDWORK and HARDWORK, and we'll be your best friend." Betui ka ni.. Musykil.. :p Haa tadi masuk ward dapat tgk banyak lah baby-baby menangis, gemuk-gemuk, kiut miut, putih melepak, pipi labuh, isk isk laaa sukanya........ So hopefully my posting akan lebih bermakna, dan gembira, dan tak kena marah banyak-banyak, dan takda masalah, dan semuanya. Amiiiiinnnnnn~


Whatever it is, Selamat Datang ke O&G.

Siapa nak jadi Doktor?

FINAL EXAM TIME TABLE YEAR 3
28/9-Isnin: Theory Int Medicine, PPD (2.00-4.45 ptg)
29/9-Selasa: Teory Medicine&Society, PPD (9.00-12.15pg)
5/10-Isnin: OSCE Int Medicine, (9.00-1.00tgh)
6/10-Selasa: OSCE Medicine&Society, (9.00-1.00tgh)


Siapa nak jadi doktor kena ambik exam seperti di atas, harap maklum. Fuhh, exam final theory paper dah habis. Lega separuh. Walaupun tak habis dengan jayanya, tapi takpa at least dah habis. Hari Isnin dengan Selasa kira hectic habis la belajar haha kononnya lah. Tapi takut sampai tak tidur la jugak -.- Ingat dah nak mati dah, tapi habis exam hidup lagi rupanya. Yang peliknya aku rasa exam tahun 3 kurang feel macam tahun 1 dan 2, tak taulah apa sebabnya. Yang pasti bukan over confident lah hehe. Baca pon tak sempat habis. Raya lagi. Cuti lagi. JKM lagi. Hah bila nak baca buku tu. (Still taknak salahkan diri sebab tak baca buku) Bila dah habis exam baru rasa menyesal, kenapa la tak study awal-awal. Bila sebelum exam plak asyik bising cakap kalau baca awal pon nanti lupaaaa. Hehe manusia, biasa la, semua tak kena...

Expect nothing, live frugally on surprise.

Hmm nampaknya no high expectation untuk exam kali ni. Pass sudey. Apa-apa pun, aku ada OSCE lagi next week, so be prepared cause I have to pass all elements! Kalau tidak kena reseat posting, dan takda cuti 2 bulan dan hasilnya, trip to London takkan menjadi kenyataan. T_T Dang! That's scary~ Gila la, awat la time-time exam ni tiap-tiap hari tanya pasepa la aku tak jadi penggunting rambut ja. Best pon best, macam senang pon macam senang, pakcik kayo pon pakcik kayo. Hehe. Ish laa, ni semua hasutan hantu dalam kepala la, wey sila keluar sebab saya nak jadi doktor. Ulangan, saya nak jadi doktor. Hantu-hantu tolong jangan menghantui diriku lagi. Hehehe.


Gambar hiasan bakal-bakal doktor UKM.

Pesanan penjaja: Pi la baca buku.



p/s: Awat la aku tak baca pasai scleroderma?? Takat ingat gambar makcik India dalam buku UM saja tak gunaaaaaaa. Cisdale. Free ja tak dapat jawab esei, tekanan tekanan....

Goodbye Tanjong Karang.

I'm back for good!

Posting Jabatan Kesihatan Masyarakat (JKM) kat Tanjong Karang officially habis. It was fast! Too fast. 2 months being there, was like, satnyaaa.. First month; field posting (visit here, visit there) and second month; reports reports reports and presentation presentation presentation. I've finished all my reports except for the last-minute-change-of-groupA2 report. Dang! My Viva was okay. Doctor tak tanya banyak, just 2 questions from what I read night before it. That's good. -_^

Unfortunately there are things that I missed there. Semua orang, mostly everybody pi kayak and tengok kelip-kelip during the weekends. Jelous la pulok weyy hampa pi ramai-ramai.. Obviously because I went back to PPUKM every weekend. It's okay though, tapi I have not much memory in Tg Karang except for sleeping like hoursss in my aircond room with my roommate, Farah (ok now dah rindu bilik aircond since bilik kat PPUKM panas), doing last minute reports, movie marathon, two-days-badminton-playing moment and rm1.10-satay from Satay Hut. Thank you for being so unproductive. =_= Hehe. Fun jugak tidoq lama-lama sampai pening. Otak pon karat!

Takpalah, camana pon, posting JKM dah habis. There's no truning back. Kan kan? So here comes the pictures taken from Majlis Berbuka Puasa at Amir's house. This is my last night at Tg Karang. Thank you for the free-lovely foods ya makcik dan pakcik. Aku makan sampai buncit walaupun dah kena pesan jangan ambik makanan banyak-banyak. Hehehe.




Best buddies in Tg Karang (Farah, Amzar & Assila) with Tuan Rumah Amir (center).


With all doctor-to-be. InsyaAllah.




Walaupun posting ni rasa cam boring, saya tetap bergembira dengan semua rakan-rakan.
Anda semua membuatkan posting ini lebih bermakna, cewahh..
Thank you everybody, especially residents of block C! =)


p/s: "Goodbye Tg Karang" ALSO means that my final semester exam is just around the corner. Scary okay, exam lepas raya plak tuu. Takpa, you still have time (yaka ni??), so read as many as you can. Sedapkan hati skit...